SARITA COLLECTION
Sarita Collection merupakan milik Pn Sarita,seorang ibu tunggal yang menetap di Taman Bunga Raya, beliau seorang tukang jahit pakaian wanita dan lelaki, pakaian trdisional mahupun pakaian moden. Sebelum menetap di Taman Bunga Raya, Pn Sarita menyewa kedai di Bukit Sentosa untuk mengusahakan butiknya. Berikutan sewa kedai yang agak tinggi, maka Pn Sarita berpindah di Tmn Bunga Raya dan hanya menjahit di dalam rumah sahaja.
Pn Sarita dikenalkan oleh seorang rakannya yang merupakan seorang ahli NaDi dan mengajak Pn Sarita turut bersama – sama mengikuti program yang dijalankan di NaDi Tmn Bunga Raya. Sebelum penggunaan internet, promosi berkaitan butiknya agak kurang dan tempahan juga adalah dari pelanggan yang sama.
Selepas beberapa kali menyertai program yang di anjurkan pihak NaDi, Pn Sarita lebih terbuka mata untuk mempromosikan perkhidmatannya di alam maya. Beliau sudah mula mengiklankan perkhidmatannya di dalam aplikasi wechat, facebook dan membuat flyers untuk di edarkan keseluruh kawasan bedekatan rumahnya.tempahan beliau juga turut meningkat dari masa kesemasa terutamanya pada musim perayaan.
NaDi Taman Bunga Raya telah mengajarkan asas komputer bagi penggunaan komputer kepada beliau.Kami juga telah membuat bengkel penghasilan poster iklan dan pengiklanan produk di media sosial seperti facebook dan wechatdan cara menmasukan gambar produk di laman sosial. NaDi juga membantu mengedarkan flyers yang diletakkan di NaDi kepada pengunjung yang hadir iaitu membantu mengedarkan flayers kepada pengunjung yang berkunjung ke NaDi. Kami juga meminta bantuan ahli NaDi untuk mempromosikan jahitan Pn Sarita kepada pengunjung lain.
Berminat Untuk Mengambil Perkhidmatan Jahitan Puan Sarita Boleh Hubungi Beliau di:
Facebook: Sarita colection
(Puan Sarita Menghadiri Bengkel Usahawan)

(Hasil Tangan Sarita Collection)

(Flayers Sarita Collection)
