mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN BARU KUIH BERMUSIM

semah

Puan Semah Usahawan Baru Kuih Bermusim

 

Menyedari akan kewujudan NaDi, Pn Semah terus menerjah dan bertanyakan lebih mendalam berkenaan fungsi NaDi. Beliau berminat dan terus mendaftar sebagai ahli NaDi. Sebenarnya Puan Semah sudah mahir menggunakan komputer dan Internet kerana beliau seorang yang berkerjaya sebelum ini. Beliau merupakan pelukis grafik di sebuah syarikat di ibu kota.Seorang pereka grafik dan pernah menghasilkan lukisan yang indah hasil tangan beliau. Hasil lukisannya turut dihadiahkan ke NaDi Tmn Bunga Raya untuk keceriaan NaDi.

 

(Gambar Beliau Sedang Mengemaskini Dashboard Beliau)

 

 

Kami mengajak Puan Semah untuk mengikuti kelas Adobe photoshop yang dianjurkan kami, ternyata beliau belajar dengan tekun dan cepat mendapatkan sesuatu yang diberikan kepadanya. Setelah itu, kami menjemput beliau untuk menghadiri kelas usahawan dan memupuk beliau untuk menjadi seorang usahawan kecil. Beliau berminat dan sudah menghasilkan beberapa produk hasil buatannya sendiri seperti kuih tart gulung dan keropok sotong yang turut di promosikan di NaDi. Selain itu juga, barangan beliau turut dipromosikan di Dashboard sendiri (My shop). Antara kuih ynag dijual oleh Puan Semah adalah Tart Nenas, jejari ketam dan sebagainya.

Pn Semah sangat gembira dengan kewujudan NaDi, beliau dapat meluangkan masanya disini selain melayari Internet dan menjual produk usaha baru beliau dalam bidang perniagaan yang baru diceburinya. Banyak manfaat yang Pn semah dapat disini katanya. Semoga Pn Semah selalu mengunjungi NaDi Tmn bunga Raya untuk program mahupun menjalinkan ukhwah yang baik disini.

semah 2

(Salah satu Jenis Kuih Yang Dijual Oleh Beliau online)

Banyak yang telah dipelajari oleh belaiu dalam penyertaan dalam NaDi Taman Bunga Raya antaranya ialah:

  •        Program NaDi
  •        Kelas Asas Komputer
  •        Kelas Adobe Photoshop
  •        Kelas asas keusahawanan
  •        Dashboard My Shop