mcmc
Laporan Aktiviti

Segmen E Sukan, Podcast Episod 11

Tarikh : 12 April 2025
Masa : 10.00 pagi
Tempat : NADI Taman Bunga Raya

Tujuan

Tujuan podcast ini diadakan adalah untuk mendedahkan mengenai rutin dan prinsip yang mencipta kehebatan seorang juara dunia. Segmen ini telah menampilkan Sazali Samad, ikon bina badan negara dan juara dunia berkali-kali, membuka rahsia mentaliti kental, disiplin luar biasa dan semangat juang yang tidak pernah padam.

Podcast ini diharap dapat memberi inspirasi tentang jatuh bangun, pengorbanan, dan bagaimana nilai-nilai ini mampu membentuk masa depan belia, termasuk dalam dunia e-Sukan.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dilakukan termasuk wawancara, perbincangan serta perkongsian bersama jaguh bina badan negara, Sazali Abdul Samad. Selain itu, terdapat juga sesi soal jawab antara moderator dan panel jemputan.