Program Ujian Saringan Di Pim 2017
Pusat internet Malaysia Tmn Bunga Raya telah dilantik untuk menjadi agensi Kospen peringkat Pim. Kami Pim Selangor menjadi sebuah projek pilot untuk program ini dalam masa 6 bulan dari sekarang. Kami juga telah menjalani latihan asas untuk melakukan pemeriksaan kepada orang ramai. Kami juga telah diberi sijil tamat kursus oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyaring orang ramai.
Pengalaman berharga ini tidak akan kami lupakan. Ianya adalah ilmu yang kami dapat disamping boleh memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat. Pada mulanya agak kekok untuk kami, berhadapan dengan jarum dan alat yang asing bagi kami. Namun kepercayaan yang diberikan oleh pihak KKM dan Dr Rosnah kepada kami, kami cuba lakukan dengan terbaik.
Alhamdulillah, lama kelamaan kami hilang rasa gugup dan malah lebih cekap mengendalikan alatan tersebut. kepada komuni setempat, mungkin ada diantara mereka yang takut untuk ke klinik, maka ini adalah peluang bagi mereka untuk melakukan saringan kesihatan mereka kepada kami. Kami juga mengalu – alukan komuniti untuk ke Pim untuk melakukan ujian saringan
Setakat ini, hampir 40 saringan yang Pim Tmn Bunga Raya lakukan, dan kami akan berusaha untuk mendapatkan saringan yang lebih ramai. Umur saringan diantara 18 tahun dan keatas, pelajar sekolah mana yang berisiko juga kami saring untuk dapatkan hasil ujian tersebut. Kami juga telah mengeluarkan beberapa surat rujukan kepada mereka yang berisiko.
Ujian saringan ini juga telah menjadi salah satu aktiviti Pi1m selain, aktiviti – aktiviti lain yang kami rencanakan kelak. Semoga perkhidmatan ini akan terus memberikan manfaat kepada penduduk sekitar pada masa kini dan seterusnya.
