|
Name of event Nama acara / program |
PROGRAM BERSAMA TABIKA PERPADUAN |
|
Date & Time Tarikh & Masa
|
26 MEI 2017 9.30 Am– 10.30 Am |
Di Taman Bunga Raya terdapat banyak Sekolah Tabika sama ada dibawah kerajaan ataupun swasta. Semenjak awal pembukaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Tmn Bunga Raya pada tahun 2014, kami NaDi Tmn Bunga Raya mengadakan hubungan dua hala antara NaDi dan Sekolah Tabika untuk berkunjung dan mendapatkan kemudahan di NaDi Tmn Bunga Raya. Sehingga ke hari ini masih lagi wujud perhubungan itu antara pihak sekolah Tabika Perpaduan dan NaDi Tmn Bunga Raya untuk kanak – kanak ini.
Pelbagai jenis tabika yang sering berkunjung dan membawa pelajar mereka ke NaDi Taman Bunga Raya dengan tujuan pembelajaran dan penggunaan kemudahan yang disediakan. Sambutan menggalakkan daripada mereka. Kunjungan mereka ke NaDi boleh dikatakan kerap antaranya sebulan 2 kali mereka berkunjung ke NaDi.
Pada permulaan, kami memperkenalkan komponen – komponen komputer kepada mereka, seterusnya penggunaan komputer, seperti contoh menaip ringkas dan mewarna online. Kami juga menggunakan laman web pembelajaran kanak – kanak untuk mereka berasa teruja untuk belajar. Selain itu acara nyanyian oleh kanak-kanak tabika sememangnya tidak asing bagi mereka. Jika terdapat masa yang berlebihan, kami juga akan menerangkan apakah itu KDB kepada mereka. Setelah penat belajar, kadang kala mereka akan ditontonkan dengan kisah – kisah menarik seperti contoh kisah teladan oleh Upin dan Ipin.
Ternyata mereka sangat seronok dan akan kembali untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka bersama NaDi. Guru pengiring juga bertanyakan dan meminta contoh – contoh pembelajaran online, laman web yang kami gunakan untuk dapat menarik minat pelajar mereka di sekolah .
Untuk sesi seterusnya, kami NaDi sering berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para pelajar tersebut agar dapat menyeronokkan mereka apabila berkunjung di NaDi Taman Bunga Raya. Kepada mereka sekolah Tabika Perpaduan kami sangat berterima kasih kerana sering berkunjung ke NaDi Taman Bunga raya.
Untuk video klik di sini.
