mcmc
Laporan Aktiviti

PERTANDINGAN UCAPAN HARI RAYA DI DASHBOARD KOMUNITI

Dashboard kad ucapan

ITEM

JENIS

INFORMATION

MAKLUMAT

Name of event

Nama acara / program

PERTANDINGAN UCAPAN HARI RAYA DI DASHBOARD KOMUNITI

Date & Time

Tarikh & Masa

 

 16 Jun 2017

2.30 pm– 3.30 pm

Bulan Ramadan sudah masuk minggu yang ke tiga dan sudah 21hari umat islam menjalani ibadah puasa pada tahun 2017. Bersempena bulan Ramadan ini, Pim Tmn Bunga Raya mengadakan aktiviti ringkas tetapi bermanfaat untuk komuniti dan Pim Taman Bunga Raya. Sudah sedia maklum bahawa penggunaan Dashboard kepada pengunjung dan ahli sedang giat para petugas jalankan. Dengan itu juga kami telah mengadakan aktiviti ringkas kepada semua ahli Pim.

Pada bulan ini kami Pusat Internet  Malaysia Taman Bunga Raya mengadakan pertandingan ucapan selamat hari raya menggunakan Dashboard Komuniti. Pertandingan diadakan dengan waktu yang tertentu untuk mengukur tahap penguasaan ahli Pim itu sendiri.

Antara peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan diadakan pertandingan ini juga untuk memupuk mereka selalu menggunakan dashboard dalam apa jua keadaan, sebelum melayari internet mereka haruslah menjengah dahulu dashboard mereka sebagai sokongan kepada kami.

Kepada mereka yang menghasilkan ucapan yang unik dan terbaik, mereka akan menerima goodies daripada Pim Taman Bunga Raya. Ini juga adalah sebahagian usaha Pusat Internet  Malaysia Taman Bunga Raya untuk menggalakkan penggunaan dashboard. Semoga kami Pim Taman Bunga Raya akan Berjaya mempengaruhi penduduk dan pengguna tentang Dashboard Komuniti.