mcmc
Laporan Aktiviti

Penyaluran Baucar Buku Kepada Murid dan Pelajar Institusi Pendidikan Bawah KPM

 

Masa  11.00 AM – 12.30 PM
 Tempat  Hall NADI Tmn Bunga Raya
 Jumlah  1 Orang
 Tarikh  16.6.2024

 

Tujuan :

> Golongan ibu bapa tidak ingin melepaskan peluang untuk menebus Baucar Buku MADANI 2024 yang telah diberi oleh pihak kerajaan kepada pelajar yang melibatkan murid sekolah rendah tahun 4 dan ke atas, pelajar sekolah menengah, penuntut institusi Pendidikan Tinggi dan Institusi Pendidikan Guru dengan menggunakan perkhidmatan Internet di NADI Taman Bunga Raya.

 

Aktiviti : 

> Ibu bapa perlu log masuk ke akaun DELIMa menggunakan ID dan kata laluan yang betul.

> Mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipaparkan di akaun masing-masing.

> Setelah selesai, boleh memilih judul buku yang disukai dari kepelbagaian judul yang ada.

> Bantuan seperti ini dapat meringankan beban kewangan keluarga, menggalakan budaya membaca serta dapat menyokong industri buku tempatan yang dapat mempromosikan juga bahasa dan budaya di Malaysia.