Bayi dan kanak-kanak bawah 2 tahun tidak sesuai memakai topeng muka kerana:
1. Saluran pernafasan kanak-kanak adalah sempit berbanding orang dewasa. Mudah untuk mengalami kesukaran bernafas.
2. Mereka mudah rimas dan lemas apabila memakai topeng muka. Apabila mereka rimas, mereka akan cuba untuk menanggalkan topeng muka tapi akan gagal kerana perkembangan motor halus (tangan dan jari) mereka masih belum matang.
3. Untuk mengeruhkan keadaan lagi, mereka akan meraba-raba pada muka mereka. Akan mudah dijangkiti virus jika tangan mereka kotor.
4. Topeng muka yang longgar tidak memberikan pelindungan. Topeng muka yang ketat pula akan melemaskan. Bayi bawah 2 tahun tidak boleh bercakap penuh lagi untuk mengatakan “tidak mahu” atau “buyao” ?
5. Topeng muka N95 tidak diiktiraf oleh WHO penggunaannya untuk bayi.
6. Jika mereka mengalami kesukaran bernafas, mereka tidak mampu untuk menanggalkannya sendiri dan ini boleh menyebabkan bayi lemas dan pengsan.
Jadi, apa yang boleh ibu bapa lakukan bagi pencegahan wabak covid-19 ini?
Untuk mencegah jangkitan virus bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, lindungilah bayi anda dengan cara begini:
1. Hadkan sentuhan terhadap bayi. (Elakkan orang lain untuk mengendong atau bermanja dengan bayi)
2. Jangan bawa bayi keluar dari rumah jika tidak ada kecemasan atau kepentingan khusus (misalnya bayi demam tinggi, demam sawan, check up untuk vaksinasi)
3. Jika boleh, selimutkan bayi (jangan tutup muka dan jangan terlalu ketat untuk membolehkan mereka bernafas dengan baik)
4. Ibu bapa atau penjaga perlu mencuci tangan sebelum menyentuh bayi
5. Elakkan anak-anak anda yang lain dari menyentuh bayi
6. Kerap bersihkan bayi
(Cuba elakkan bayi daripada menggunakan hand sanitizer kerana takut risiko alergi kulit dan paling bahaya adalah jika ibu bapa “terlalai”, bayi mereka boleh tertelan cairan alkohol dalam hand sanitizer tersebut. Ini sangat bahaya!!)
Akhir kata, jangan hanya fokus kepada si kecil kita sahaja ya? ?
Kita sebagai individu dewasa juga berisiko dijangkiti COVID-19 jika tidak mengamalkan langkah kebersihan dan kesihatan yang sewajarnya.
Paling penting, sentiasa kekal duduk di dalam rumah dan patuhi Perintah Pergerakan Kawalan.
Dr. Arisman, MD
“Sama-sama belajar”
Member of Medical Mythbusters Malaysia
#stayathome #kitajagakita #lindungibayi #breakthechain
Sumber: Petikan artikel dari Dr. yusof, dan HelloDoctor.
