mcmc
Maklumat PEDI

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Taman Bunga Raya

20220513 095921

 

Selamat Datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Bunga Raya 

  

   Selamat datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) atau Community Broadband Centre (CBC). NADI merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Inisiatif daripada pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan projek NaDi , iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua rakyat di negara kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat.

      Di samping itu, NADI ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan kata lain, NADI memudahkan penduduk mendapatkan kemudahan komputer dan internet. Malahan NADI turut menyediakan perkhidmatan pembelajaran kepada penduduk dengan pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran dan perbankan secara atas talian. NADI Taman Bunga Raya, mula dibuka kepada orang ramai pada 27 April 2014. Pendaftaran ahli NADI hanya dengan kadar serendah RM5 untuk seumur hidup berserta dengan kelas pembelajaran komputer secara PERCUMA!


Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

1- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

2- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet

3- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI

4- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

Waktu Operasi NADI Tmn Bunga Raya

Hari Operasi

Masa Operasi

Isnin – Ahad

 9.00 Pagi – 6.00 Petang

Rehat

 1.00 Petang – 2.00 Petang

Perkhidmatan Komputer / Internet

Pengguna

Harga

Ahli 

 RM1.00 / Sejam

Bukan Ahli

 RM2.00 / Sejam



Perkhidmatan NADI Taman Bunga Raya

ITEM

MUKA SURAT

AHLI

BUKAN AHLI

Mencetak hitam/putih

*Kertas A4

1-5

RM0.40

0.70

5 dan lebih

RM0.20

RM0.50

Mencetak Warna
*Kertas A4

1-5

RM0.70

RM1.00

5 dan lebih

RM0.50

RM0.70

Fotokopi

*Kertas A4

1-5

RM0.20

RM0.50

5 dan lebih

RM0.10

RM0.30

Pengimbas

Sekeping

RM0.10

RM0.30

Laminate

Saiz A4

RM2.00

RM2.50

Saiz IC

RM1.00

RM1.50

 

Kenali Petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tmn Bunga Raya

 

WhatsApp Image 2023 08 25 at 15.37.52   

Jawatan : Pengurus NADI

Nama : Nur Diyana binti Che Ani

Mula Berkhidmat : 2014

 

WhatsApp Image 2023 08 25 at 15.40.32

Jawatan : Pen. Pengurus NADI

Nama : Nur Ain binti Abdul Karim

Mula Berkhidmat : 2022