MAKLUMAT PELAJAR
Nama: Muhd Amirul Bin Mohd Azizan
Umur: 15 Tahun
Email: Muhdamirulazizan@gmail.com
Facebook: Muhdamirulazizan309
Tahun menjadi Ahli PEDi : 25/05/2015
Muhd Amirul merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tmn Bunga Raya 1 dan merupakan pelajar Tingkatan 3. Beliau juga seorang ahli PEDi Tmn Bunga Raya. Seorang pelajar yang rajin, serta bersemangat, berdedikasi tinggi dan berpandangan jauh dalam melakukan apa jua pekerjaan.
Sebelum penglibatan bersama PEDi,beliau telah pun berminat dalam pelajaran ICT. Akan tetapi beliau hanya datang ke PEDi untuk menghabiskan masa berbual bersama rakannya yang lain dan melayari Facebook serta membuat tugasan sekolah sahaja kerana tidak mengetahui tentang aktiviti dan kelas di PEdi Tmn Bunga Raya. Melihat keadaan itu, kami petugas PEDi mengajak dan menerangkan tentang kelas dan aktiviti PEDi kepada beliau. Beliau berminat memasuki beberapa aktiviti serta pertandingan yang dianjurkan oleh PEDi mahupun SKMM.
Beliau dan rakan – rakan yang lain mula menghadiri kelas yang dijalankan oleh PEDi pada setiap minggu bersama – sama rakannya yang lain. Semakin hari kelihatan minatnya terhadap penggunaan komputer dan ICT semakin mendalam. Amirul banyak memasuki pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan lukisan, pertandingan poster, dashboard dan sebagainya.
Amirul dan rakan yang lain gemar untuk menghabiskan masa di PEDi, sama ada untuk mencari maklumat, mahupun perbincangannya bersama rakan untuk menyelesaikan tugasan dari sekolah dan untuk pertandingan yang bakal dihasilkan. Banyak kelas yang telah beliau sertai, semoga satu hari nanti Amirul akan menjadi seorang yang berjaya dalam bidang ICT dan menjadi seorang pelajar yang berjaya.
(Amirul mencari maklumat tentang ICT)

(Amirul Memenangi Pertandingan)
