mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN PERTAMA 2020

kisah kejayaan syafie

CELIK IT – Muhamad Syafie Bin Mohd Sani

 Nama  Muhamad Syafie Bin Mohd Sani
Umur 14 Tahun
 Ahli  25 Januari 2019

 

Latar belakang

Syafie merupakan pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1. Beliau mula menjadi ahli di NADI Taman Bunga Raya pada tahun 2019. Beliau merupakan seorang pelajar yang bersemangat, rajin memberi komitmen serta seorang yang aktif  menyertai semua aktiviti yang pihak NADI jalankan. Syafie juga mempunyai daya kesungguhan yang baik dalam mempelajari ilmu teknologi maklumat dan laman sesawang ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI, Syafie tiada mempunyai sebarang ilmu mengenai komputer, tidak biasa menggunakan laman sesawang dan juga laman web sosial. Namun, setelah melihat rakan-rakannya yang sering hadir ke NADI untuk mempelajari segala asas mempelajari komputer dan laman web, Syafie mula menunjukkan minatnya dan mendaftarkan diri untuk menjadi ahli NADI supaya dapat menghadiri semua kelas dan menggunakan segala kemudahan yang di anjurkan dan disediakan oleh NADI Taman Bunga Raya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Syafie merupakan seorang pelajar dan ahli yang sangat aktif dalam penglibatan aktiviti yang dijalankan oleh NADI dan merupakan seorang yang rajin bertanya mengenai hal Teknologi Maklumat dan komputer. Syafie juga suka mencuba pelbagai perkara baru di laman sesawang dan segala aktiviti yang di lakukan juga akan selalu dipantau oleh pihak petugas NADI. Pihak petugas NADI juga sentiasa memberi penerangan yang jelas kepada Syafie dan juga ahli yang lain kepentingan Klik Dengan Bijak.

      kisah kejayaan syafie 2

Antara gambar Syafie ketika menyertai Kelas Mengenali Komponen Komputer.

Diharapkan agar semangat yang ditunjukkan itu memberi banyak kebaikan kepada Syafie dan ahli-ahli yang lain.