Usahawan 1- Puan Khairidah Khan
Usahawan Popia cheese dan Popia Nestum
|
Nama :Khairidah Khan Umur : 32 Tahun Nama Perusahaan : Khairidah Khan Sdn Bhd Ahli NADI : Disember 2017 |
Latar belakang
Khairidah seorang ahli NADI yang telah lama mendaftar dan seorang anak yatim, bekerja di Bukit Beruntung untuk menyara dirinya dan kakaknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau seorang yang rajin bekerja tidak kira siang atau pun telah lewat malam. Kadangkala Ida mencari pendapatan sampingan seperti membuat roti untuk diedarkan di gerai –gerai berdekatan. Dan begitulah kehidupan harian beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas berpindah ke Bukit Beruntung, Khairidah telah mendaftarkan diri sebagai ahli NADI untuk penggunaan Internet sahaja. Lama kelamaan petugas NADI mengajak Ida untuk menghadiri kelas usahawan untuk mendapatkan ilmu berkaitan keusahawanan. Sejurus pada itu Ida menghadirkan diri untuk kelas usahawan dan membuka mindanya untuk mempromosikan produk terbarunya iaitu popia cheese dan popia nestum. Setelah pada itu, ida banyak menerima tempahan khususnya musim perayaan.
Gambar Khairiah Khan bersama jenis produk yang dikeluarkan olehnya.

Usahawan 2– Pn Roslina bt Aripin
Usahawan Ayam Gunting
|
Nama :Pn Roslina bt Aripin Umur : 41 Tahun Nama Perusahaan : Puan Roslina Ayam Gunting Sdn Bhd Ahli NAADI : September 2017 |
Latar belakang
Pn Roslina adalah suri rumah yang berniaga kecil – kecilan di hadapan apartment Dahlia yang menjual ayam gunting untuk menyara keluarga, anaknya juga merupakan ahli NADI Tmn Bunga Raya dan turut membantu beliau berniaga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pn Roslina sering menggunakan perkhidmatan NADI terutama penggunaan Internet dan komputer. Dari situ petugas NADI mengajak Pn Roslina berama – sama mengikuti program NADI yang diadakan. Beliau juga bersetuju dan menyertai program – program NADI dan bermulalah langkah Pn Roslina untuk lebih mengembangkan perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah menghadiri beberapa program NADI Tmn Bunga Raya, Pn Roslina juga menyertai karnival usahawan yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor, dan kami petugas NADI perlu mencari usahawan – usahawan tempatan untuk memenuhi kriteria yang Majlis Daerah inginkan. Pn Roslina menampilkan diri untuk menyertai program tersebut. Setelah program itu Pn Roslina lebih banyak menimba pengalaman dan perniagaannya makin terus maju. Gerainya juga berdekatan dengan NADI Tmn Bunga Raya .


Pn Roslina juga berterima kasih kepada NADI kerana memberi ruang dan peluang untuk beliau mengikuti program – program usahawan yang dianjurkan oleh NADI mahupun pihak – pihak lain seperti Majlis Daerah dan sebagainya. Kami juga berasa berbesar hati kerana beliau juga sudi untuk melibatkan diri bersama program – program NADI. Semoga usaha beliau akan lebih kuat dan maju perniagaannya.
CELIK IT – Ahmad Zulhadee Bin Ahmad Faisal
Mempelajari Asas Microsoft Office, Mempelajari Asas media dan Membuat Suntingan Gambar dan Video.
|
Nama : Ahmad Zulhadee Bin Ahmad Faisal Umur : 10 Tahun Ahli : Julai 2017 |
Latar belakang
Zulhadee merupakan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tmn Bunga Raya 1 dan merupakan pelajar Darjah 4. Beliau juga seorang ahli NADI Tmn Bunga Raya. Seorang pelajar yang rajin, serta bersemangat, berdedikasi tinggi dan berpandangan jauh dalam melakukan apa jua pekerjaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan bersama NADI,beliau telah pun berminat dalam pelajaran ICT. Akan tetapi beliau hanya datang ke NADI untuk menghabiskan masa menemani abang beliau dan berbual dengan rakannya untuk membuat tugasan sekolah sahaja kerana tidak mengetahui tentang aktiviti dan kelas di NADI Tmn Bunga Raya. Melihat keadaan itu, kami petugas NADI mengajak dan menerangkan tentang kelas dan aktiviti NADI kepada beliau. Beliau berminat memasuki beberapa aktiviti serta pertandingan yang dianjurkan oleh NADI mahupun SKMM.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau dan rakan – rakan yang lain mula menghadiri kelas yang dijalankan oleh NADI pada setiap minggu bersama – sama rakannya yang lain. Semakin hari kelihatan minatnya terhadap penggunaan komputer dan ICT semakin mendalam. Zulhadee banyak memasuki pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan lukisan, pertandingan poster, dashboard dan sebagainya.



Antara gambar Hadee ketika menyertai pertandingan dan kelas di NADI.
Banyak kelas yang telah beliau sertai, semoga satu hari nanti Zulhadee akan menjadi seorang yang berjaya dalam bidang ICT dan menjadi seorang pelajar yang berjaya.
