mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEDUA 2020

danial 1

CELIK IT – Danial Hakim Bin Khairusy Syakirin

 Nama  Danial Hakim Bin Khairusy Syakirin
Umur 19 Tahun
 Ahli  09 Mac 2014

 

Latar belakang

Danial merupakan ahli yang awal menyertai NADITaman Bunga Raya. Beliau juga seperti pelajar yang lain bergaul bersama rakan – rakan sekolah dan mentelaah pelajaran bersama. Sehingga beliau mendaftarkan diri mejadi ahli NADI Tmn Bunga Raya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI Tmn Bunga Raya, harian beliau adalah bersama rakan di sekolah dan pulang ke rumah, sesekali menghadirkan diri untuk aktiviti kokurikulum. Semenjak NADI Tmn Bunga Raya beroperasi, Danial dan rakan – rakannya menjadi ahli. Pada mula beliau melibatkan diri di dalam NADI, beliau hanya ingin melayari Youtube sahaja untuk melepaskan kebosanan di dalam dirinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas melihat beliau hadir tanpa tujuan, maka petugas NADI mengajak Danial dan rakan – rakannya menyertai pelbagai program anjuran NADI. Petugas juga memujuk beliau untuk hadirkan dirinya di dalam beberapa bengkel anjuran NADI dan juga program – program yang lain. Akhirnya beliau berlembut hati dan rela hati menggunakan perkhidmatan NADI dengan sebaiknya. Beliau dan rakannya yang lain juga turut menjadi squad volunteer dan membantu NADI dalam pelbagai program NADI Sehingga kini Danial telahpun melanjutkan pelajaran di selatan tanah air. Semasa cuti semester Danial pulang ke rumah dan tidak lupa juga untuk mengunjungi NADI Tmn Bunga Raya.

Terkini, terkesan dengan pendemic Corona Virus, Danial mencuba peluang dengan berniaga kecil – kecilan. Beliau menjual aiskrim hasil tangannya dan keluarga yang lain. Idea ini tercetus, setelah menghadiri program keusahawanan di NADI Taman Bunga Raya beberapa program yang lepas. Danial berani mencuba dan ini adalah sebuah kejayaan kecil untuk beliau.

 

       danial 2

Antara gambar Danial Hakim ketika melibatkan diri di dalam Program NADI dan ketika menghadiri kelas yang NADI anjurkan.

 

NADI dapat melihat kesungguhan dan pembelajaran Danial semakin meningkat. Penggunaan Internet dan komputer dengan lebih baik. Ianya juga dapat membantu pengajian Danial di peringkat pengajiannya kini. Kejayaan beliau dari seorang yang hanya untuk menghilangkan bosan hingga Danial berjaya melatih diri dengan menggunakan Internet secara bijak dan komputer dengan baik. Sahsiah dirinya juga baik dan mendikan dirinya seorang yang ringan tulang. NADI akan sentiasa menyokong Danial dan rakan – rakan untuk berjaya didalam penggunaan ICT dan komputer malah pembentukan sahsiah diri yang baik.