CELIK IT – Syamel Mickhail Bin Suhaimi
| Nama | Syamel Mickhail bin Suhaimi |
| Umur | 15 Tahun |
| Ahli | 16 Oktober 2016 |
Latar belakang
Syamel merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tmn Bunga Raya 1 dan merupakan pelajar Tingkatan 3. Beliau juga seorang ahli NADI Tmn bunga Raya. Seorang pelajar yang rajin, sanggup mempelajari benda yang baharu serta bersemangat, berdedikasi tinggi dan berpandangan jauh dalam melakukan apa jua pekerjaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan bersama NADI,beliau telah pun berminat dalam pelajaran ICT. Akan tetapi beliau hanya datang ke NADI untuk menghabiskan masa berbual bersama rakannya yang lain dan melayari instagram serta membuat tugasan sekolah sahaja kerana tidak mengetahui tentang aktiviti dan kelas di NADI Tmn Bunga Raya. Melihat keadaan itu, kami petugas NADI mengajak dan menerangkan tentang kelas dan aktiviti NADI kepada beliau. Beliau berminat memasuki beberapa aktiviti serta pertandingan yang dianjurkan oleh NADI mahupun SKMM.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau dan rakan – rakan yang lain mula menghadiri kelas yang dijalankan oleh NADI. Pada setiap minggu dan hari biasa sebelum ke sekolah bersama – sama rakannya yang lain. Semakin hari kelihatan minatnya terhadap penggunaan komputer dan ICT semakin mendalam. Syamel banyak memasuki pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan lukisan, pertandingan poster, dashboard, suntingan video, dan sebagainya.

Antara gambar Syamel ketika menyertai pertandingan dan kelas di NADI. Banyak kelas yang telah beliau sertai, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Usahawan 1- Nur Azizi Hakimi Bin Azizan
Peniaga Ayam Gunting
| Nama | Nur Azizi Hakimi Bin Azizan |
| Umur | 18 Tahun |
| Nama Perusahaan | Ayam Gunting |
| Ahli | 15 Januari 2014 |
Latar belakang
Azizi merupakan pendaftar ahli NADI yang terawal mendaftar sebagai ahli. Namun NADI Tmn Bunga Raya berusaha untuk membentuk Azizi untuk menjadi yang lebih baik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
NADI Tmn Bunga raya mengajak Azizi untuk menyertai kelas dan beberapa aktiviti NADI yang digemari Azizi. Dalam program yang dijalankan, petugas NADI menerangkan berkaitan sahsiah dan pembelajaran KDB kepada Azizi. Kini Azizi merupakan seorang yang bersahsiah baik dan berbeza dari perwatakkannya sebelum ini. NADI Tmn Bunga Raya juga mempelawa Azizi untuk menyertai kelas usahawan, dimana dia boleh berniaga untuk pendapatannya. Azizi juga membantu ibunya berniaga ayam gunting dan mempelajari selok belok perniagaan kecil – kecilan. Ayam jualan Azizi mendapat ramai sambutan dan Azizi berniaga dengan penuh semangat. Azizi juga akan mempromosikan jualannya didalam Myshop.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Azizi benar – benar berubah dari perwatakkannya yang sebelum ini. Kini Azizi membantu ibunya berniaga dan kadang – kala dia juga menguruskan perniagaan itu. Azizi juga menghadiri beberapa kelas usahawan dan program yang dijalankan di NADI. Kemudian Azizi akan mempromosikan ayam guntingnya di MYshop dan media sosial.
(Azizi dalam program NADI dan jualan beliau)
Usahawan 2- Roslan Bin Abd Ghani
Usahawan Minyak Wangi Terapi
| Nama | Roslan Bin Abd Ghani |
| Umur | 47 Tahun |
| Nama Perusahaan |
Minyak Wangi Terapi |
| Ahli | 07 March 2019 |
Latar belakang
Merupakan ahli NADI dan merupakan ahli baru yang mendaftar. Petugas NADI mengajak beliau untuk menjadi ahli dan membimbing beliau untuk perniagaan online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Encik Roslan merupakan ahli NADI Tmn Bunga Raya. Beliau juga mahir menggunakan komputer, beliau bekerja sendiri dengan memperniagakan jualan minyak wanginya. Minyak wangi yang dijual oleh En Roslan adalah sejenis terapi minda dan sesuai untuk haruman menghilangkan strass. Namun, beliau berniaga secara offline sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Petugas NADI mengajak Encik Roslan untuk menjadi ahli NADI dan membimbing beliau untuk mencuba perniagaan secara online pula. Ada beberapa kelas yang dihadiri oleh beliau untuk mempelajari jenis perniagaan online dan cara – cara nya. Selain itu boleh mempromosikan produknya di dalam Myshop.

( Minyak Wangi Terapi yang dijual oleh En. Roslan)
