mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Pelajar ICT

Naza

MAKLUMAT PELAJAR

Nama: Nazarul Azriel Bin mohd Jamal

Umur: 13 Tahun

Email: NazarulAzriel@yahoo.com

Tahun menjadi Ahli PIM : 15/05/2015

 

Pelajar sekolah menengah yang aktif dalam bidang pelajaran dan merupakan seorang ahli pusat Internet Malaysia Taman Bunga Raya, banyak menyertai program yang dianjurkan Pim Tmn Bunga Raya.

Nazarul azriel merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tmn Bunga Raya dan merupakan pelajar Tingkatan 1. Beliau juga seorang ahli pusat internet  Malaysia Tmn bunga Raya. Seorang pelajar yang rajin, serta bersemangat dalam melakukan apa jua pekerjaan.

Sebelum penglibatan bersama Pim,beliau kurang berminat dengan penggunaan ICT. Nazarul hanya datang ke Pim untuk menghabiskan masa berbual bersama rakannya yang lain dan melayari facebook dan membuat tugasan sekolah sahaja. Melihat keadaan itu, kami petugas Pim mengajak beliau memasuki beberapa aktiviti serta pertandingan yang dianjurkan oleh pim mahupun SKMM.

Beliau dan rakan – rakan yang lain mula menghadiri kelas yang dijalankan oleh Pim Pada setiap minggu bersama – sama rakannya yang lain. Semakin hari kelihatan minatnya terhadap penggunaan komputer dan ICT semakin mendalam. Nazarul banyak memasuki pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan video, pertandingan poster dan sebagainya.

Nazarul mengulangkaji pelajaran di Pim

 

naza 1

Nazarul memceburkan diri dalam aktiviti Pim

 

Naza 2png

Nazarul Memenangi Hadiah Dalam Aktiviti Pim