DETAIL PELAJAR
NAMA: Muhammad Nur Shafiq bin Mohd Azmi
UMUR: 17 Tahun
TAHUN MENJADI AHLI: 14/2/2014
(Gambar Mohd Syafiq sedang belajar bersama rakan)
Muhammad Nur Shafiq merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tmn Bunga Raya 1. Baru sahaja menamatkan pelajaran di tingkatan 5. Beliau juga seorang ahli NaDi Tmn bunga Raya. Seorang pelajar yang sopan santun dan menghormati orang tua.
Sebelum penglibatan bersama NaDi, beliau kurang berminat dengan penggunaan ICT. Shafiq hanya datang ke NaDi untuk menghabiskan masa berbual bersama rakannya yang lain. Melihat keadaan itu, kami petugas NaDi mengajak beliau memasuki beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh NaDi mahupun SKMM.
Beliau dan rakan – rakan yang lain mula menghadiri kelas yang dijalankan oleh NaDi pada setiap minggu bersama – sama rakannya yang lain. Semakin hari kelihatan minatnya terhadap penggunaan komputer dan ICT semakin mendalam. Shafiq banyak memasuki pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan video, pertandingan poster, remaja kreatif dan sebagainya.
NaDi Taman Bunga Raya membantu memberikan ilmu ICT kepada Shafiq dan rakan – rakan dengan memberi idea untuk pertandingan, cara untuk upload video yang dihasilkan ke youtube serta memberi sokongan beliau dan rakan untuk terus mengambil bahagian dlm setiap pertandingan
Antara pertandingan yang disertai ialah Pertandingan video remaja kreatif, pertandingan My Komuniti kreatif (https://youtu.be/od2eR8VigDw)

( Gambar Syafiq menyertai Aktiviti di NaDi)
