Nama : Nor Azlina binti Mohd Zaaiya
Produk : Kuih – Muih Tradisional
Puan Azlina merupakan ahli NADI yang aktif sejak tahun 2022. Sebelum ini, beliau merupakan seorang yang bekerjaya dan kini menjadi suri rumah yang rajin menjalankan peniagaan secara kecil – kecilan. Beliau membuat pelbagai jenis kuih – muih tradisional di rumah dan meletakkan produk jualan di kedai – kedai yang terdekat. Sepanjang penglibatan bersama NADI, beliau banyak menyertai kelas – kelas usahawan yang dianjurkan bersama kakitangan dan dapat membantu serba sedikit mengenai perniagaannya.
