mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Keusahawanan

massuwati

 

Seni Jahitan Baju/Manik

 

NaDi Tmn Bunga Raya telah menemui Pn Massuwati Bt Mohd Shah adalah seorang pengusaha Koleksi Indah Nian. Beliau mempunyai bakat seni jahitan baju mahupun jahitan manik.Pn Massuwati Bt Mohd Shah berasal dari Kg Sg Choh Rawang dan menetap di Apartment Cempaka Taman Bunga Raya. Pn Massuwati mula menjahit sejak tahun 2010 sehingga kini.

 

Pn Massuwati berpengalaman menjahit pelbagai jenis baju, tudung dan pakaian pengantin. Beliau juga banyak menerima tempahan dari sekitar penduduk Taman Bunga Raya.

 

Beliau juga sering menggunakan kemudahan di NaDi Taman Bunga Raya, sama ada untuk mempromosikan koleksi beliau, menjalani kelas asas komputer untuk tujuan mempromosikan koleksinya dan sebagainya. .

 

Pn Massuwati juga seorang suri rumah yang menguruskan anak- anaknya ke sekolah mahupun keluarganya. Impian Pn Massuwati adalah ingin menambah ilmu pengetahuan di dalam rekaan fesyen pakaian wanita dan membuka sebuah butik pakaian. Beliau juga mendapat sokongan suami tercinta untuk cita – citanya ini. Hasil daripada pembelajarannya di NaDi Tmn Bunga Raya, kini beliau berjaya memahirkan diri untuk perniagaan online dan menambah pendapatan sehingga 4500 sebulan dan mengikut musim cuti sekolah dan hari perayaan.

 

Anda boleh menghubungi beliau melalui :

 

Facebook: KOLEKSI INDAH NIAN