mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Asas ICT Tabika

Tabika May

Name of event

Nama acara / program

PEMBELAJARAN ONLINE TABIKA

Date & Time

Tarikh & Masa

 

 21 APR 2016

9.00 – 10.30 PG

Aktiviti pada bulan April, NaDi Taman Bunga Raya telah menjemput kanak – kanak sekolah Tabika Perpaduan Apartment Dahlia bersama guru pengiring untuk merasai pengalaman pembelajaran secara online. Sedia maklum, NaDi sebelum ini pernah menerima pelajar kanak – kanak Tabika di Apartment Teratai, dimana mereka telah dijadualkan bersama NaDi untuk pembelajaran online. Sehubungan dengan itu, kami menjemput pula Tabika Perpaduan Apt Dahlia untuk merasai dan menjadualkan aktiviti mereka bersama NaDi untuk menambah sekolah yang melakukan aktiviti bersama NaDi.

Pada mula kehadiran mereka berasa teruja, mereka berasa keadaan yang nyaman dan sejuk, dimana disekolah mereka tidak dapat merasai kesejukan penghawa dingin, dan disini meraka dapat merasakan suasana yang berlainan daripada sekolah mereka. Keadaan NaDi yang tersusun rapi juga membuatkan mereka dan guru pengiring berasa sangat selesa.

Permulaan kelas,kami memperkenalkan perkakasan komputer seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya. Ini mungkin adalah pengalaman mereka yang pertama kerana mereka kelihatan kekok terhadap perkakasan komputer tersebut. Walaupun mereka berasa kekok,tetapi kelihatan jelas keseronokan bagi mereka semua.

Setelah sesi pengenalan komputer, kami mengajak kanak – kanak melihat screen monitor dan mendendangkan lagu kanak – kanak popular kini iaitu ‘Didi  and friends ‘. Suasana menjadi lebih meriah kerana mereka menyanyikan dengan penuh perasaan. Setelah nyanyian, kami mengajak mereka merasai mewarna online. Kelihatan kekok tp mereka sangat teruja dengan animasi kartun yang cantik berwarna justeru terus menarik minat mereka untuk melakukannya.

Setelah selesai aktiviti mereka, kesemua kanak – kanak Tabika Perpaduan Apt Dahlia berbaris untuk ke sekolah semula. Mereka mengajak guru pengiring mereka berkunjung lagi ke NaDi untuk menyertai kelas kanak – kanak tabika seperti ini dengan lebih kerap. Melihat mereka gembira dengan NaDi, kami petugas akan menanti kehadiran mereka pada bila – bila masa. Kelihatan guru pengiring sangat berpuas hati dan bertanyakan sedikit sebanyak tips mengajar secara online kepada petugas. Kegembiraan mereka adalah kejayaan bagi kami sebagai petugas.