mcmc
Laporan Aktiviti

HARI DASHBOARD KOMUNITI

PERTANDINGAN UCAPAN HARI RAYA DI DASHBOARD KOMUNITI

ITEM

JENIS

INFORMATION

MAKLUMAT

Name of event

Nama acara / program

HARI  DASHBOARD KOMUNITI

Date & Time

Tarikh & Masa

 

 16 Julai 2017

9.00 am– 5.00 pm

Location

Lokasi

PIM Tmn Bunga Raya

 

Program Dashboard Komuniti berlangsung secara serentak seluruh Malaysia untuk fasa Telefony. Pim Tmn Bunga Raya tidak terkecuali untuk mengadakan Program seperti itu. Pelbagai rangka dan perancangan kami fikirkan bersama untuk setiap acara dan pertandingan, mahupun intipati yang perlu ada didalam program seperti itu.

Setelah berbincang bersama Penolong Pengurus, akhirnya kami dapat menyediakan perancangan dari mula hingga habis program. Sudah semestinya kami akan memperlihatkan Dashboard kepada komuniti yang hadir. Pada kali ini kami memaparkan dengan lebih terperinci dan menggalakkan pengguna untuk selalu melayari setiap sub – sub yang ada didalam Dashboard Komuniti seperti contoh bagaimana caranya untuk mengupload produk sendiri didalam aplikasi MyShop, melihat data Myhealth,My Place dan sebagainya.

Selain  itu juga kami menggalakkan pengunjung yang hadir untuk memuatnaik aplikasi Dashboard Komuniti dan mengajar mereka untuk memuatnaik kedalam telefon pintar masing – masing. Antara acara yang kami anjurkan adalah Bola Beracun KDB, Storyboard Pim dan taklimat berkenaan program advokasi dan penggunaan Dashboard itu sendiri.

Memandangkan program ini berlangsung pada musim perayaan dan rata – rata komuniti masih lagi meraikan sambutan hari raya, maka kami juga mengadakan jamuan hari raya untuk menjamu pengunjung yang hadir. Antara menu utama seperti bihun goreng dan bihun sup utara.

Selain itu pengunjung yang berjaya dalam pertandingan kami menyediakan goodies kepada mereka. Tidak lupa juga kepada yang berjaya untuk memuatnaik aplikasi Dashbord Komuniti didalam telefon pintar masing – masing, mereka juga turut diberikan goodies sebagai tanda berterima kasih kepada mereka. Program ini adalah salah satu aktiviti yang dilakukan didalam bulan Julai, dan aktiviti sreterusnya akan menyusul pada bulan Ogos nanti.