mcmc
Laporan Aktiviti

Gerak Gempur Tabika

Masa: 09.00AM-12.00PM

Tempat: Pusat Internet Taman Bunga Raya

Peserta: 25 Orang (Murid Tabika)

 

Tujuan

Mengeratkan silaturrahim guru tabika dan program Pim bersama kanak – kanak tabika

 

Aktiviti

Guru Tabika Perpaduan Apt Kenanga telah datang ke Pim Tmn Bunga Raya untuk mengadakan satu program bersama kanak – kanak Tabika tersebut. Kami berbincang dan merangka akiviti untuk kanak – kanak tabika tersebut dan memilih tarikh yang bersesuaian.

Program berlangsung selama separuh hari bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Guru tabika bersama guru pengiring bersama – sama menjayakan program ini yang disertai oleh 32 orang pelajar tabika perpaduan. Program berskala kecil ini disusun rapi aktiviti untuk kanak – kanak ini.

Program yang berlangsung selama 3 jam dan ini adalah program tabika yang paling panjang waktunya merangkumi beberapa aktiviti seperti pengenalan komputer, pengenalan internet, nyanyian lagu kanak – kanak, mewarna online, tayangan kisah teladan dan tidak lupa juga program klik dengan bijak.

Kanak – kanak Tabika Perpaduan Apt Kenanga begitu teruja dan seronok menjayakan aktiviti ini. Kebanyakan dari mereka adalah pertama kali berkunjung ke Pusat Internet Malaysia Taman Bunga Raya. Aktiviti dan program seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan.

 Gambar di sini.