| Tarikh : 11 April 2026 Masa : 4.00 pm Tempat : NADI Taman Bunga Raya |
Tujuan
Tujuan kelas Pengurusan Konflik Dalam Pasukan E-Sukan ialah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, mengawal emosi, menyelesaikan konflik secara positif, serta membina semangat kerja berpasukan dan kepimpinan dalam kalangan pemain.
Aktiviti
Kelas dilaksanakan secara ringkas melalui tontonan video yang telah disediakan. Video tersebut menghuraikan kepentingan komunikasi yang berkesan, kaedah berinteraksi dengan baik sesama ahli pasukan, serta memaparkan contoh situasi sebenar dalam permainan. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat memahami asas komunikasi dalam pasukan dengan lebih mudah dan jelas.


