Vitamin C atau nama lainnya asid askorbik sememangnya diperlukan oleh badan manusia. Antara fungsinya ialah membantu pembentukan kalogen, membantu penyerapan zat besi, bertindak sebagai antioksida dan lain-lain lagi. Kekurangan vitamin C dapat menyebabkan penyakit dipanggil scurvy.
Namun begitu, tahu tak anda, berapa kuantiti vitamin C yang perlu anda ambil setiap hari?
Mengikut saranan RNI (Recommended Nutrient Intakes, for Malaysia 2017), untuk orang dewasa, vitamin C yang diperlukan HANYA 70 miligram sahaja.. Berapa banyak 70 mg tu? Dari mana nak dapatkannya?
Anda boleh dapatkan sumber vitamin C (semulajadi) melalui buah & sayur. Kandungan vitamin C dalam buah & sayur berbeza-beza. Antara buah yang tinggi kandungan vitamin C dan mudah untuk diperolehi ialah jambu batu & betik. Pengambilan 2 sajian buah & 3 sajian sayur sehari semesti SUDAH CUKUP untuk mencapai keperluan 70 mg vitamin C harian anda. Tambahan, dengan mengambil buah & sayur, banyak lagi vitamin dan mineral lain yang anda boleh dapat!
Pengambilan suplemen vitamin C adalah TIDAK PERLU sekiranya seseorang itu dapat mengambil sumber vitamin C daripada sumber semulajadi. Pengambilan suplemen vitamin C juga perlu dipantau dosnya kerana pengambilan yang berlebihan boleh mendatangkan keburukan! Tambahan, sesetengah suplemen vitamin C mengandungi kandungan SODIUM yang agak tinggi.. Anda boleh rujuk maklumat nutrisi pada bungkusan suplemen tersebut.
Kajian menunjukkan pengambilan vitamin C sebanyak 2000-3000 mg/hari boleh meningkatkan risiko CIRIT-BIRIT. Manakala, risiko pembentukan BATU KARANG (oxalate stone) juga boleh meningkat sekiranya vitamin C diambil lebih daripada 1000 mg/hari!
Sumber: Recommended Nutrient Intake for Malaysia 2017
#COVID19 #stayathome #vitaminC #mikronutrien #InfopemakananKKM
#dudukdirumah #mcmc #tm #msd
