Bulan Patriotik
Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan untuk Malaysia. Pada bulan ini juga kami petugas pi1m mengadakan beberapa aktiviti kepada ahli dan komuniti untuk menyuntik semangat cintakan tanah air. Aktiviti yang kami jalankan berkisarkan kemerdekaan dan isu semasa yang berlaku pada bulan ini.
Pada mulanya kami menayangkan kisah Sarjan Hassan yang dibintangi oleh pelakon lagenda terkenal iaitu P.Ramle, dalam menonton petugas juga membuat soalan berdasarkan filem yang ditonton oleh mereka. Filem berkisarkan tentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan perjuangan seorang parajurit menentang komunis.
Selain itu, kami mengadakan pertandingan melukis poster hari kemerdekaan. Antara mereka yang masuk bertanding adalah pelajar sekolah rendah dan menengah. Selain itu juga dapat menguji bakat melukis mereka dan dapat mencurahkan idea melalui lukisan yang dihasilkan sejarah Tanah Melayu dan diselit juga soalan umum bentuk muka bumi di Malaysia.
Dengan usaha yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat patriotisme dikalangan komuniti dan mengingati perjuangan parajurit yang bermati matian untuk mendapatkan kemerdekaan. Dan semoga pelapis muda zaman ini dapat menjaga kedaulatan tanah merdeka ini.
Untuk lebih gambar sila klik saya.
