Bertarikh 26 Julai 2015, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Taman Bunga Raya telah menganjurkan Program I-Health yang bertujuan untuk mengalakkan komuniti setempat melakukan pemeriksaan kesihatan sekaligus melahirkan komuniti yang sihat.
Majlis dilancarkan lagi dengan penglibatan daripada AJK Kelab Rukun Tetangga Apartment Dahlia, Taman Bunga Raya dan sokongan daripada komuniti setempat.
Berikutan Ramadhan yang baru sahaja berakhir, NaDi dan AJK terlibat bercadang untuk mengadakan sambutan raya sekaligus menyemarakkan lagi majlis tersebut. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dengan sambutan yang bagus daripada komuniti walaupun Ramadhan baru sahaja berlalu dan masih ada penghuni yang belum pulang dari kampung halaman mereka.
Dengan adanya produk terbaru di NaDi iaitu I-Health komuniti dapat memanfaatkannya sebaik mungkin dengan tanpa perlu ke Hospital atau Klinik memandangkan kos yang perlu diperuntukkan dan di NaDi mereka dapat memeriksa tekanan darah dan jantung secara percuma dan merekodnya di akaun mereka di NaDi.
Majlis diserikan lagi dengan acara-acara seperti pertandingan kuiz kesihatan,melengkapkan pyramid makanan dan teka silangkata makanan sihat. Hadiah para pemenang juga disampaikan oleh Pengerusi KRT Apt Dahlia iaitu En Mahadhir Mokhtar. Video berkenaan kesedaran kesihatan turut ditayangkan sepanjang Program berjalan.Majlis bersurai pada jam 1.00 tengahari dan aktiviti mengemas dilaksanakan oleh yang berkenaan. Turut merakamkan ribuan terima kasih kepada AJK yang teribat.
.
