mcmc
Laporan Aktiviti

AKTIVITI MENGHASILKAN WAU PERMAINAN TRADISI

Wau

Name of event

Nama acara / program

AKTIVITI MENGHASILKAN WAU PERMAINAN TRADISI

Date & Time

Tarikh & Masa

 

 16 April 2017

3.00 PTG– 6.00 PTG

   

Permainan Wau dikenali dengan Layang-layang.Permainan Wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti Wau Burung, Wau Pari, Wau Katak, Wau Bayan, Wau Merak, Wau Kucing, Wau Jala Budi, Wau Lenggang Kebayan, Wau Sewah dan Wau Barat. Begitupun Wau Bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

Sehubungan dengan itu, NaDi Taman Bunga Raya suka untuk mengadakan aktiviti bersama peserta kelas untuk menghasilkan sebuah Wau mengikut kumpulan mereka. Terpanggil untuk memperkenalkan kepada peserta kelas tentang permainan rakyat seperti permainan Wau ini. Masih lagi mengekalkan pembelajaran ICT, peserta diminta mencari maklumat seberapa banyak di laman carian internet untuk mendapatkan maklumat cara pembuatan Wau. Bukan setakat itu sahaja, mereka boleh mengenal pasti jenis dan bentuk Wau yang bakal dihasilkan nanti.

Bahan – bahan dibekalkan kepada mereka, dan peserta mencari maklumat tentang cara pembuatan di Internet untuk menghasilkan Wau hasil daripada mereka. Kelihatan banyak maklumat yang mereka dapat seperti bentuk Wau, jenis Wau dan elemen lain yang terdapat di Wau tersebut seperti contoh bentuk – bentuk kerawang yang terdapat pada setiap Wau.

Secara tidak langsung mewujudkan kerjasama antara kumpulan untuk menghasilkan Wau yang mereka inginkan. Selain  penghasilan Wau dapat juga memupuk semangat kerjasama berkumpulan, dimana bekerja berkumpulan sangat diperlukan diluar nanti, dan ini dapat dipupuk bermula dengan pembelajaran kelas di NaDi Taman Bunga Raya mahu pun di NaDi yang lain.

Semoga pembelajaran ini dapat memberi sedikit input dan ilmu kepada peserta kelas dan akan lebih banyak lagi kelas dan taklimat yang lebih kreatif akan kami hasilkan khusus untuk komuniti disini.