CELIK IT – Adam Baihaqi bin Suhaimi
| Nama | Adam Baihaqi bin Suhaimi |
| Umur | 14 Tahun |
| Ahli | 15 Oktober 2016 |
Latar belakang
Adam Baihaqi merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tmn Bunga Raya 1 dan merupakan pelajar Tingkatan 2. Beliau juga seorang ahli NADI Tmn bunga Raya. Seorang pelajar yang rajin, serta bersemangat, berdedikasi tinggi dan berpandangan jauh dalam melakukan apa jua pekerjaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan bersama NADI,beliau telah pun berminat dalam pelajaran ICT. Akan tetapi beliau hanya datang ke NADI untuk menghabiskan masa berbual bersama rakannya yang lain dan melayari instagram serta membuat tugasan sekolah sahaja kerana tidak mengetahui tentang aktiviti dan kelas di NADI Taman Bunga Raya. Melihat keadaan itu, kami petugas NADI mengajak dan menerangkan tentang kelas dan aktiviti NADI kepada beliau. Beliau berminat memasuki beberapa aktiviti serta pertandingan yang dianjurkan oleh NADI mahupun SKMM.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau dan rakan – rakan yang lain mula menghadiri kelas yang dijalankan oleh NADI pada setiap minggu dan hari biasa sebelum ke sekolah bersama – sama rakannya yang lain. Semakin hari kelihatan minatnya terhadap penggunaan komputer dan ICT semakin mendalam. Adam Baihaqi banyak memasuki pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan lukisan, pertandingan poster, dashboard dan sebagainya.

Antara gambar Adam ketika menyertai pertandingan dan kelas di NADI. Banyak kelas yang telah beliau sertai, beliau bercita-cita untuk menjadi pakar dalam bidang ICT dan menjadi seorang pelajar yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Usahawan 1– Nor Mohammad Zen B. Nor Haizat
Kuih Tradisional Melayu
| Nama | Nor Mohammad Zen B. Nor Haizat |
| Umur | 17 Tahun |
| Nama Perusahaan | Kuih Tradisional Melayu |
| Ahli | 07 March 2014 |
Latar belakang
Zen merupakan ahli baru NADI Tmn Bunga Raya yang beasal dari Apartment Teratai, kira – kira 5km dari NADI Tmn Bunga Raya. Zen merupakan penjual kuih tradisional yang menjalankan perniagaan secara berjaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Menyedari akan kehadiran Zen semasa beliau menjaja kuihnya di NADI Tmn Bunga Raya, petugas NADI terpanggil untuk mengetahui tentang latar belakang Zen. Sejurus dengan itu juga, petugas NADI menyarankan kepada Zen untuk menjadi ahli NADI dan dengan itu juga Zen dapat mempelajari ilmu Ict dan komputer. Beliau juga tidak dapat meneruskan persekolahan dan dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu Zen dalam perkembangan ilmu Ict dan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah menjadi ahli, Zen diajar untuk menghasilkan email, laman sosial dan memggunakan dashboard NADI untuk beliau menambah pengetahuan berkenaan ilmu Ict. Dalam pada masa yang sama, dapat mempromosikan hasil jualannya didalam myshop dan tidak lama lagi akan dapat dipromosikan di dalam media sosialnya. Selain itu juga, NADI Tmn Bunga Raya turut mempromosikan jualan jaja nya di dalam NADI kepada pengguna NADI yang lain.


Gambar Zen bersama jenis produk yang dikeluarkan olehnya.
Usahawan 2- Puan Sharipah Bt Hashim
Usahawan Masakan Melayu
| Nama | Puan Sharipah Bt Hashim |
| Umur | 48 Tahun |
| Nama Perusahaan | Masakan Melayu |
| Ahli | 07 March 2014 |
Latar belakang
Pn Sharipah merupakan ahli NADI Tmn Bunga Raya sejak tahun 2014. Beliau sering menggunkan kemudahan yang ada di NADI dan menghadiri kelas dan program – program yang dianjurkan NADI. Beliau juga merupakan peniaga kecil – kecilan untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum mengenali NADI Tmn Bunga Raya, Puan Sharipah telah menajalankan perniagaannya kepada kenalan dan jiran berhampiran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Apabila Puan Sharipah mengenali NADI Tmn Bunga Raya, beliau berasa teruja untuk melibatkan diri dalam sebarang program yang dianjurkan oleh pihak NADI. Ianya termasuklah kelas keusahwanan dan program – program lain. Puan sharipah juga lebih cenderung ke arah keusahawanan dan kami petugas NADI melatih beliau untuk memasarkan perniagaanya di- dalam aplikasi myshop dan media sosial. Ada beberapa hasil beliau telah dimuatnaik di dalam myshop dan diperkenalkan kepada komuniti setempat. Dari masa ke semasa kini puan Sharipah berjinak – jinak pula dengan perniagaan catering yang diusahakan oleh adiknya. Perlahan – lahan beliau belajar dan mengambil upah masakan yang diminta oleh pelanggan beliau.

Gambar Puan Sharipah (tudung berwarna Oren) menerima hadiah dan masuk ke kelas mempelajari promosi perniagaanya di media sosial.
Beliau amat teruja apabila mempelajari selok belok promosi melalui media sosial dan melatih diri untuk mempromosikan jualan – jualannya dalam media sosial disamping promosi secara fizikal.