mcmc
Keusahawanan

Usahawan Bengkel Kereta

2

 

Ku sazali Ku Mansor atau lebih dikenali sebagai pak Ku dikalangan penduduk disini merupakan ahli Pusat Internet Tmn Bunga Raya. Agak lama juga beliau mendaftarkan diri sebagai ahli disini. Beliau sering juga menggunakan perkhidmtan di pim terutamanya perkhidmatan komputer. Mengetahui Pak Ku seorang yang sangat mahir dalam bidang aotomotif, kami menyarankan Pak Ku memasuki kelas usahawan dan sekaligus menjadikan Pak Ku sebagai usahawan Pim

Sebelum ini, Pak Ku hanya menggunakan internet untuk melayari Fb dan menonton youtube, kami petugas Pi1m mengajak Pak Ku untuk memanfaatkan sosial medianya untuk jadikan ianya lebih efisyen.

Selepas menghadiri kelas usahawan, Pak Ku berbesar hati untuk mempromosikan kemahiran yang beliau ada didalam Myshop dan media sosial. Dengan ini, ramai penduduk akan nampak kemahiran beliau dan mungkin boleh meningkatkan hasil pendapatannya. Ternyata setelah mempromosikan kemahirannya, beliau mendapat banyak panggilan telefon dan Pak Ku sedia berkhidmatn kepada pelanggannya.

Kini Pak Ku amat sebuk dengan perusahaannya sekarang. Banyak kenderaan yang Pak Ku terima untuk dibaiki. Namun,adakala pak Ku berkunjung ke Pim Tmn Bunga Raya untuk menggunakan perkhidmatan disini. Latihan dan bantuan promosi perkhidmatan Pak Ku kini membuahkan hasil. Semoga Pak Ku senang dihati para pelanggannya dan dapat meningkatkan taraf ekonomi beliau.