BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
| Nama | :Dean Hakim Moncal |
| Umur | : 10 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Deen Hakim Moncal adalah pengunjung yang sering berkunjung ke NADI Taman Bunga Raya bagi urusan menyiapkan kerja sekolah dan berjumpa rakan. Beliau yang sering kali sibuk dengan urusan lain mengurangkan beliau daripada aktiviti berkaitan ICT. Namun, jika beliau mempunyai banyak waktu terluang di rumah pada waktu tersebut beliau rajin ke NADI bagi mendekati pengetahuan ICT yang terdapat di NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatannya di NADI, Deen tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang rujukan kerja sekolah yang ingin beliau kaji akan dibantu dan dicetak oleh petugas NADI. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT tanpa bantuan petugas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan melayarai internet untuk mencari maklumat di NADI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di NADI, Deen telah dapat mahir menaip dengan cekap.
(Menyertai kelas mingguan dan menyertai pertandingan dalam NADI)