| Masa | 11.00 AM – 1.00 PM |
| Tempat | Hall NADI Tmn Bunga Raya |
| Jumlah | 1 Orang |
| Tarikh | 13.10.2024 |
Tujuan :
> Peserta dapat belajar cara mengambil gambar yang lebih jelas, menarik, dan profesional menggunakan telefon bimbit. Selain itu, usahawan juga mempelajari teknik pencahayaan dan komposisi serta sudut pandang yang betul agar gambar produk kelihatan lebih estetik dan menarik perhatian pelanggan.
Aktiviti :
> Usahawan membawa beberapa produk dan menyusun props yang dapat membantu ketika proses mengambil gambar.
> Petugas menerangkan mengenai teknik dan sudut pandang yang sesuai digunakan ketika mengambil gambar.
> Usahawan melakukan beberapa proses mengambil gambar produk dengan pelbagai teknik supaya mendapat hasil yang memuaskan.
> Suntingan gambar produk juga dilakukan dengan hanya menggunakan telefon bimbit.