Muhammad Nur Ismail merupakan ahli PEDi Taman Bunga Raya sejak 25 Jun 2015. Merupakan pengguna aktif yang selalu menggunakan perkhidmatan PEDi. pernah menjadi squad volunteer untuk beberapa program PEDi.
Semenjak Ismail menjadi ahli PEDi beliau rajin mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh PEDi. Pada permulaan tahap penguasaan penggunaan internet dan komputernya agak lemah. Namun setelah menghadiri kelas yang kami anjurkan, makin kelamaan bakatnya semakin baik dalam penggunaan komputer dan ICT. Sehinggalah beliau melibatkan diri sebagai usahawan sampingan untuk membantu keluarga, dimana Ismail menjual produk madu yang ada pelbagai saiz untuk dijual. PEDi mengajak Ismail untuk menghadiri kelas usahawan untuk menambah ilmu keusahawanannya.
Selepas menghadiri beberapa program dan kelas usahwan dan asas komputer, skill Ismail semakin baik dan malah beliau selalu memperbaiki dan belajar melalui Internet. Sehingga kini Ismail merupakan pelajar yang mahir menggunakan komputer dan Internet. Selain itu juga, beliau tidak lupa untuk mempromosikan jualan madu untuk menambah pendapatan. Selepas ini beliau ingin mengiklankannya di Myshop dan media sosial. Beliau masih dibangku sekolah, tetapi mampu untuk menjadi usahawan sampingan untuk menambah pendapatan.
Ismail menghadiri kelas asas komputer

Produk Jualan Beliau

Iklan produk beliau di My Shop
