MAKLUMAT PELAJAR
Nama: Muhammad Rezwan Bin Azhar
Umur: 13 Tahun
Email: rezwanre278@gmail.com
Tahun menjadi Ahli PEDi : 08/08/2016
Rezwan merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang aktif dalam bidang pelajaran, seorang ahli PEDi Taman Bunga Raya, banyak menyertai program yang dianjurkan PEDi Tmn Bunga Raya.
Sebelum penglibatan bersama PEDi,beliau kurang berminat dengan penggunaan ICT.Rezwan hanya datang ke PEDi untuk menghabiskan masa berbual bersama rakannya yang lain. Melihat keadaan itu, kami petigas PEDi mengajak beliau memasuki beberapa aktiviti serta pertandingan yang dianjurkan oleh PEDi mahupun SKMM.
Beliau dan rakan – rakan yang lain mula menghadiri kelas yang dijalankan oleh PEDi Pada setiap minggu bersama – sama rakannya yang lain. Semakin hari kelihatan minatnya terhadap penggunaan komputer dan ICT semakin mendalam. Rezwan banyak memasuki pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan video, pertandingan poster dan sebagainya.
Rezwan dan rakan yang lain gemar untuk menghabiskan masa di PEDi, samaada untuk mencari maklumat, mahupun perbincangannya bersama rakan untuk pertandingan yang bakal dihasilkan. Banyak kelas yang telah beliau sertai, semoga satu hari nanti Rezwan akan menjadi seorang yang berjaya dalam bidang ICT.
