The Nahara, Kalumpang.
The Nahara yang terletak di mukim Kalumpang, daerah Hulu Selangor merupakan sebuah pusat rekreasi yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna tidak terhad kepada kemudahan utama mereka iaitu tempat perkelahan sahaja dan turut menawarkan perkhidmatan Wi-fi dan Astro untuk keselesaan pengunjung. Pengunjung akan dibekalkan dengan kelengkapan seperti televisyen, pemain DVD dan dapur serta bilik yang selesa untuk bersantai dan merehatkan diri setelah kepenatan menjalankan aktiviti pada siang hari.
The Nahara turut menyediakan kebun buah-buahan, taman dan tasik buatan seluas 6 ekar untuk pengunjung. Sejajar dengan konsep Agritourism, ia membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman melihat proses penanaman, pemungutan hasil tuaian serta pemprosesan buah-buahan dan sayuran-sayuran yang dipetik segar. Selain itu, pengunjung turut berpeluang merasai pengalaman memelihara ayam dan ikan di kebun tersebut.


