mcmc
Maklumat Setempat

Peningkatan Kadar Obesiti

peningkatan kadar obesiti

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019:
Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Jagaan Kesihatan

Diabetes mengalami peningkatan yang membimbangkan di Malaysia, dari 13.4% pada tahun 2015 kepada 18.3% pada tahun 2019. Malah, mengikut statistik, 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes. Diabetes adalah antara faktor utama kepada penyakit kardiovaskular yang merupakan penyebab kematian utama di Malaysia.

Masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun turut mencatatkan peningkatan, dari 17.7% pada 2015 kepada 21.8% pada 2019.

Rakyat perlu diperkasakan untuk menjaga kesihatan masing-masing, mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mencegah penyakit tidak berjangkit serta penyakit berjangkit, termasuklah mengamalkan norma baharu selepas PKPB pasca COVID-19.

#COVID19 #StayAtHome #MovementControlOrder #PerintahKawalanPergerakan #KitaMestiMenang
#stayathome #dudukrumah #staysafe #skmm #mcmc #togetherwefightcovid19 #jagajaraksosial1meter
#socialdistancing #kitajagakita #perintahkawalanpergerakanbersyarat