mcmc
Laporan Aktiviti

Program Literasi ICT

Literasi ict

JENIS

MAKLUMAT

Nama acara / program

Program Literasi ICT di Tmn Bunga Raya

 

Tarikh & Masa

 25 Februari 2017

9.00 am– 5.30 PTG

Lokasi

NaDi Tmn Bunga Raya

Tujuan

Memperkasa penggunaan ict dikalangan masyarakat 

Butiran Penerima

Ahli dan bukan ahli menyertai program ini

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti

Program yang lebih cenderung kearah pembelajaran seperti penghasilan video, pembentangan KDB dan taklimat KDB dan mobile ewaste. Tidak lupa program dashboard kepada komuniti

Kebaikan / kelebihan aktiviti

Kemahiran komputer fokus kepada penghasilan video, menguji tahap kefahaman komuniti berkaitan KDB dan mobile e waste, menguji tahap pengetahuan ICT pengunjung

 

Program tahunan yang dijalankan pada bulan Februari 2017 adalah Literasi ICT dimana program ini lebih menjurus kepada pembelajaran. Program skop yang lebih kecil berbanding program kluster ini menumpukan setiap daripada peserta dapat memanfaatkan apa yang petugas sampaikan kepada mereka.

Pada tarikh ini juga, penduduk sekitar ini terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti sukan tahunan sekolah, mesyuarat PIBG untuk sekolah menengah dan aktiviti lain, namun NaDi Tmn Bunga Raya dapat menarik pengunjung untuk mengikuti program yang diadakan ini dengan lancar.

Awal pagi pendaftaran kepada pengunjung diikuti dengan sarapan pagi kepada mereka. Setelah selesai menjamu selera, mereka ditempatkan didalam bilik trening untuk mengikuti program seterusnya iaitu pendedahan skrip sebenar perfileman negara. Setelah menjengah beberapa buah skrip tersebut, mereka mengikuti kelas menghasilkan video, cara menukar font didalam sesebuah video, caption diatas sebuah gambar, cara memasukkan sound effect dan sebagainya.

Selain itu mereka mengikuti terjemahan KDB dimana mereka perlu tahu dan ingat 7 tajuk besar KDB dan menerangkan kembali setiap tajuk tersebut. tujuan dilakukan, untuk mengukur tahap pemahaman dan fokus mereka mengenai pembentangan tersebut. Kuiz juga diedarkan kepada kereka dimana soalan kuiz yang diberi kali ini betul – betul menguji kemahiran ICT mereka. Kepada setiap pengunjung yang hadir mereka tidak pulang dengan tangan kosong, dimana kami turut menyediakan cabutan bertuah kepada mereka, goodies dan hadiah setiap pertandingan.

Kepada mereka yang berjaya install Dashbord Komuniti melalui aplikasi telifon bimbit, kami ucapkan terima kasih. Program seperti ini sering kami adakan untuk ilmu disamping meraikan dan memeriahkan komuniti disini.

 

(Sesi Penerangan Asas Komputer,Kelas Pembikinan Filem, Sesi Penerangan KDB dan Kuiz KDB, Peserta yang Menyertai kelas Penghasilan Skrip, Pemenang Kuiz ICT)